@!$|-|Ah

Wednesday, August 10, 2005

saat-saat cemburu

ada satu ketika
masa berlalu begitu sahaja

saat utk lena
telah hilang
cemburu bila melihat ada yg boleh terlena
dan kita bergegas kerana masa

cemburu bila melihat
mereka begitu bekerja utk Islam
dan kita bekerja... adakah dunia semata?

cemburu bila melihat
mereka bercakap bagaimana membina Umat
dan kita bercakap satu yg tidak membina?

cemburu bila melihat
mereka dipelihara dari ajakan nafsu
dan kita dikelilingi dengan persekitaran itu

patutkah aku menyalahkan waktu
patutkan aku menyalahkan saat

tidak patut...

di lubuk hati yg dikotori dengan
noda-noda hitam
aku cuba mencuci ia setiap hari
sehingga air mata sering bercucuran
kerana terasa diri tidak mampu menanggung ujian
ujian kesenangan...

ya robbi ya illahi
lepaskan lah ...keluarkanlaah aku dari cengkaman dunia..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home