@!$|-|Ah

Thursday, February 02, 2006

Muharram 1427

//hasil bacaan artikel AMAL ; KH Rahmat Abdullah//
1427, tahun bertambah 1…bermakna tempoh ku menuai saham akhiratku kurang 1..amal? ermm…bagaimana dgn amal kalian?

Ada yg berfikir dia tlh beramal, namun hasilnya tarak!, ada yg beramal jahat tetapi dianggap baik! Itu bahaya…

Maka di dalam alquran, amal dikait dgn kesolihan, iaitu amal soleh. ‘Soleh’ itu sendiri membawa maksud yg bukan sekadar baik . Di mana baik utk sendiri ada istilah2 yg lain spt birr, khair, hassan dan etc. Soleh itu sendiri membawa maksud bagaimana keterkaitan, keserasian, keharmonian sesuatu amal itu dgn sasaran, tuntutan..Iaitu di mana pelaku amal berkenaan mengisi ruang dan waktu.

Apa khabar waktu kita? Soleh?

Amal kita akan ber..tambah-tambah, bukan hanya bertambah malah berlipat kali ganda jika diniatkan dgn niat yg baik! Sesuatu amal tanpa niat..kelelahan jadinya, sesuatu niat tanpa ikhlas jadinya seperti debuan, dan keikhlasan tanpa realisasi adalah spt buih!

Dalam menanam semangat utk beramal solih buat diri sendiri dan juga utk org lain…Jgnlah kita mensia-siakan amal kita hanya kerana..RIYA’ iaitu beramal utk dilihat, UJUB beramal dan kagum diri, SUM’AH beramal utk popular/didengar, MANN membangkit-bangkitkan pemberian…Naudzubillah! Jgn jadikan amal spt haba-an mantsura (debu yg beterbangan) Rujuk 49:17.

Ya, utk buat baik ni…mmg susah! Betul tak? Ermm…ya, contohnya solat di awal waktu!...ermm…baca Al-Quran setiap hari, puasa sunat, apa lagi ya…menjaga aurat…jaga hubungan laki2 perempuan dan etc bykkan amal baik! Ya semuanya pd peringkat awal perlukan peMaksaan, pemBiasaan, dan inshaAllah menjadi kesukaan dan menjadi irama hidup! Inshaallah! Bak kata Junaid AlBaghdadi ‘ 40 tahun kusembah Allah, di tahun ke 40 baru ku temui kelazatannya!

Nah…kita umur pun tak sampai 40 lagi! Chai yo’ chai yo’ ! Berusaha!...yang dah lepas tu…jgn risau ampunan Allah tu lebih luas dr dosa2 kita yg saaanggaaatt byk!

Flash back dgn sahabiah…ya mereka beramal soleh hingga mampu mengubah jahiliah dlm masa 2 dekad! Bagaimana? Mereka menuntut ilmu bukan utk dikumpulnya sijil2 atau ijazah! …Mereka putuskan kejahiliahan yg dahulu dgn kehidupan Islami, tiada KEINGINAN langsung utk kembali! Dan sentiasa bersiap sedia utk urusan daawah! Itu kesungguhan mereka! Dan inshaallah akan jd kesungguhan kita jua!

Amal soleh iaitu menyampaikan islam adalah hak semua! Mencegah mungkar adalah hak semua! Jika dulu sahabiah diuji ketika mereka beramal…Kita pula diuji ketika hendak beramal…Beramal pun tak lagi tp dah kalah ketika hdk beramal!
Inshaallah jom beramal soleh, jom berdakwah! SALAM HIJRAH 1427!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home