@!$|-|Ah

Sunday, January 08, 2006

9 Zulhijjah

Alhamdulillah, berpeluang utk menunaikan puasa sunat hari ini insha-allah... Muhasabah.. moga dosa yg lalu diampuni...awal muharram tidak lama lagi tp azam sentiasa diperbaharui setiap hari...kerna tersgt byk dosa...

:( hari-hari yg berlalu terasa sgt rugi kerna kesihatan agak down...bila fikir2 antara sbbnya adalah kerna pemakanan yg tidak dijaga...sblm2 ini mmg tak terpikir pasal pjagaan mknn bila dah jd begini baru ambik ibrohnyer...insha-allah diperbaiki kerna byk perkara yg tidak kita laksanakan sec optimum jika sekiranya kesihatan kita bukan ditahap yg stabil. :) insha-allah

spjg cuti...terasa takut sbb kurang berbuat...takut menjadi org yg lalai [7:179] naudzubillah..

Lastly berebutlah pahala utk bulan ini b4 thn baru!

Wednesday, January 04, 2006

Masalah saya..Masalah anda..

Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Maha suci Allah yang mengurniakan ku nikmat yang paling besar dan paling dan sangat bernilai ialitu nikmat iman dan islam! : ) Alhamdulillah…

Usia semakin bertambah…ujian pun upgrade… hmm…aku teringat pada mula2 dulu aku berkira2 utk berubah menjadi baik…dan berkira2 utk mengajak org kpd Allah…semuanya telah berlalu…ujian yg getir adalh bgmana kita tsabat dgn menunaikan janji kita pada Allah…Di antara permasalahan dan alasan utk kita berubah kpd kebaikan dan menyeru kepd Agama Allah dan mencegah kemungkaran adalah spt berikut:( Ni adalah hasil bacaan aku ‘Jadilah Pemuda Kahfi’)..dan ku olah dan ku ringkaskan moga ia sampai ke hati…

1-lemah iman
…sunatullah iman itu ada pasang surutnya..tetapi jika kita bersungguh utk menjaga iman kita ditahap yang ‘selamat’…kita akan berusaha ke arah itu…spt kita nak jaga laptop kita dah nak habis bateri..ataupun handset dah nak ‘kong’. Mungkin kita akan mengurangkan penggunaan yang kurang penting sbb nak jaga bateri yg ada..dan kita pasti akan mencharge semula bateri sbb kita tahu bila ia akan ‘kong’…Jadi begitu juga iman kita…Allah pasti tidak akan menyia-nyiakan usaha kita…[29:69, +- org2 yg bersungguh-sungguh mencari keredhaan allah, allah akan tunjukkan jalan kerna allah berserta dgn org yg berbuat baik..]

2- kurang bersungguh-sungguh
…bagaimana solat kita…betul ker bersungguh-sungguh terasa tak ermm…kalau bunyi jer azan …kita rasa cepat2 nak solat?....rasa tak? Kalau tak..beristighfarlah…[2:63,+-..berpegang teguh dgn apa yg allah bagi kat kita]…apa yg allah bagi…ikut para ulama’ berpegang pd kitab allah iaitu al-quran…spt mana allah mgajak yahya berpegang pada taurat dgn bersungguh2[19:12].

3-waktu yg sia-sia
Ini mmg masalah…kalau dolu2 masa time remaja…kita lebih byk tengok tv…kalau tak pun borak2 yg tak meningkatkan iman LANGSUNG…astaghfirullah…kalau perempuan dgn pasal lelaki…kalau lelaki..ermm…pasal bola?...Jgn sampai satu masa baru kita menyesal mengapa dulu aku tidak banyak membaca al-quran…mengapa tidak mengaji agama…[39:56]…Nak kongsi antara cara nak mendisplinkan waktu adalah dgn spt pakar pendidikan mengatakan ‘Sesungguhnya amal ibadah paling efektif adalah dalam mendisplinkan waktu.iaitu waktu solat’…

4-tergesa-gesa
Hmmm…ni satu hal gak…kadang2 kita terlupa semua nak cepat…Rasulullah berdakwah 13 tahun di Mekah…dgn penuh sabar…yg hasilnya pemuda2 yg begitu mantap akidahnyer…malu pada diri sendiri L Kalau dalam 20:114 pun Allah berfirman jgn tergesa-gesa membaca Al-quran…
Perjuangan ada rintangan…adak onak duri…ada ketika kita jatuh namun kita bangkit semula…kdg untung..kadang rugi…jadi jgn terburu-buru kerana ia lebih memudahkan kita berbuat silap

5-cakap kasau(kasar…org melaka ckp kasau)
Org sekarang ni mmg byk cakap kasar perasan tak? Ermmm…kalau penyampaian ini kasar sila tegur ya!...hadith Rasulullah..Sesungguhnya kamu tidak dapat menarik hati manusia dgn harta yg ada, ttp ia berhasil dgn budi pekerti..

6-dosa yg menghalang
Ni antara alasan yg salu kita dgr bila kita mengajak org utk jadi org yg mengajak kepada islam..Fenomena ini sangat dikhuatiri oleh para org yg cintakan Islam…Siapa yg tak cintakn Islam?...Rujuk 24:21…Sapa tak pernah buat silap..ttp sbaik2 org yg buat silap adalah org yg berTAUBAT. Sptmana Ibnu Taimiyah bagi wasiat pd Abul Qasim Al Maghribi yg menyatakan seorang hamba pasti berbuat silap. Namun dia harus meminta keampunan pada allah shingga tiada alasan bgnya utk tidak melakukan kebaikan hanya kerana ia berdosa.

7- asingkan diri dr masyarakat
Ada org tak nak bergaul..pergi belajar..pergi kerja…balik kelas..dok umah…tu ler kerjanyer..tak bergaul sbb takut kat masyarakat kat luar byk maksiat..maksud kat sini tak ambik peduli dgn keadaan masyarakat…Hadith Shohih..’Org yg bercampur gaul dgn manusia dan bersabar dgn cubaan mereka, lebih baik dr org yg tidak bercampur dgn manusia dan tidak sabar dgn cubaan mereka…’ya…pasti ada ketika kita ingin bersendiri..kita berzikr..dan muhasabah etc..tp kita ttp dan sgt digalak utk berjamah spt solat jumaat, solat jamaah, solat raya..ceramah..belajar..
Kalau dah satu peringkat tiada dlm masyarakat ini org yg baik2…tak der kelompok muslim dan imamnya…tinggalkanlah masyarakat..even pd saat itu kita sekadar makan akar kayu..ini antara kata2 Rasulullah dgn Hudzaifah bin Yaman….

8-org pempuan yg tak nak berdakwah
Dgn alasan tu kerja org laki2…kalau tak der org pempuan nak dakwah sapa lagi nak dakwah kat perempuan? Itu dah kira tanggungjawab kita…yg sering mengucap syahadah…bukannyer org lelaki shj yg mengucap syahadah! Sudahkah kita menunaikan hak syahadah kita!

9-kurang ilmu
Ni pun alasan …kita salu ckp kita tak cukup ilmulah…cikgu tak ajarlah…cikgu tak sempat ajar…macam2..Pernah ketika sepupu Nabi…Abdullah bin Abbas..atau kita lebih kenal dgn Ibnu Abbas…org tanyer kat dier Bagaimana cara anda dapat ilmu? Dier jawab’Dgn akal yg salu fakir dan lidah yg salu bertanya’..ibnu abbas ni kira budak genious…lebih genious dr adik AdiPutra…J Allah suka dgn hambanyer yg memohon pdnyer..2:186 tp masalah kita lak nak mintak pertolongan/doa laah senang cerita pun tak buat…Kalau tgk kat kedai2 kita majalah macam mana yg banyak dijual??? Ok tak kiralaa tuh…ermm majalah mana yg laris dijual?...ermm tak pun majalah macam mana yg kita lebih tertarik utk membaca?...


Ada gak alasan biarlah ustaz ustazah ajak org buat baik..cegah/larang org buat baik…ni pun alasan ..kalau ust/ustz pun tak buat apa yg dier belajar tuh…sapa lagi?

Inshaallah kita jadikanlah diri kita…org2 di sekitar kita…family..kengkawan..opismate, room mate dan aper2 mate..bersama2 mengembangkan kalimah La Illaha Illallah’ Moga Hidup kerana dan untuk La Illaha Illallah, Moga Mati juga karena La Illaha Illallah’

Monday, January 02, 2006

Jadilah Pemuda Kahfi

Sepanjang tahun 2005, banyak perkara yang menyebabkan kita utk berfikir semula tindak-tanduk yang telah kita lakukan. Baik yang kita rasa baik...dan yang tidak baik. Insha-allah pastinya setiap orang ada menetapkan sasaran utk tahun ini. :)

-elakkan fitnah
-berperancangan
-tegas
-tidak emosional
-tingkatkan hafazan
-tesis
-dakwah famili

Itu di antara target2 tahun ini...inshaallah semuanya utk kebaikan islam, dakwah, urusan dunia dan akhirat.

Yang pasti...alhamdulillah...yakin pada Allah! ujian yang lalu byk dah 'pass'...dan pasti ada ujian yg lebih kuat slps ini...moga diberi kekuatan dan terus istiqamah!